Sulit
3 tahun
Perut rasa berangin kekeliruan tidak tahu sakit apa
Hi saya lelaki umur 27… 4/5 Hari ini saya rasa perut penuh angin. Cirit birit 4 ke 5 Kali sehari tapi perut Tak sakit.sejarah saya Masa kecil buang air besar berdarah kerap ke hospital untuk rawatan.setelah berapa berapa tahun kemudiasaya berumur 17/18 tahun sakit itu kembali saya tidak pasti saya sakit apa Masa kecil.tapi Nanjis saya berdarah bukan setiap Kali buang air besar. Tapi Ada masa2nya sehingga Hari ini kadang2 najis saya keluar sekali dgn darah yg menitik2… Adakah saya Ada masalah buasir atau kanser? Kurang selera makan, hati terasa Susah, Tak Tau sakit apa, keletihan, bawah mata nampak kehitaman. Hati sangat resah Dan tidak tenang last time buang air besar berdarah menitik2 nitik last month it happen 2/3 time on that month.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.