Sulit
4 tahun
Post pace maker 2015…sakit di ulu hati
Mak sy pesakit jantung…op pace maker…dalam tahun ni sering batuk dan sakit di ulu hati yg teramat smpai menangis…apa punca doc…cara nk legakan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pedih ulu hati ini boleh disebabkan:
- Asid refluks (GERD)
- Penyakit Ulser Perut
- Keradangan hempedu
- Gejala awal kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.