Sulit
4 tahun
Pregnancy test, period
Saya wanita dalam 20-an dan tidak berkahwin, tetapi pernah melakukan hubungan seksual dan mempunyai penyakit cyst ovaries. Kali terakhir saya melakukan hubungan seksual pada khamis lalu (24/10), dan 16/10 juga saya melakukan hubungan seksual. Pada kedua dua waktu itu, pasangan saya pancut dalam. Saya mengambil Postinor2 selepas 11 jam seterusnya pada 16/10 tersebut. Kelmarin saya membuat pregnancy test dan negative tetapi hari ini saya check balik pregnancy test yang sama, ade 2 line tetapi line lagi satu agak pudar. Dan saya telah sebulan tidak period dan hari ini baru datang period. Adakah saya keguguran atau saya period biasa? sebab pregnancy test yang sama ada 2 line, tapi saya period. maksud saya, saya berdarah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pertama sekali, anda perlu mengenal pasti adakah pendarahan yang anda hadapi itu adalah haid sebenar atau spotting yang sedikit sahaja. Hal ini kerana spotting adalah masalah yang normal untuk berlaku pada wanita hamil lebih-lebih lagi awal kehamilan.
Keguguran pula kebiasaannya mempunyai gejala seperti sakit pinggang, pendarahan yang banyak serta berketul.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Sila klik pada link dibawah untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.