Sulit
3 tahun
Pregnancy with no heart beat 9w
Pregnancy heartbeat.dalam dr, sye mengandung 9minggu harini.sye scan atas dan bawah…dr xkp kantung and janin ade, tp no heart beat which is usia kandungia sye seperti baru 6w.sebelum ni sye scan,belom nmpak janin.kalini baru sye nmpk.dr bg masa 2-3hari untuk cuci.kantung dan baby sye ok je…sye xda masalah cume ade spotting coklat skit shj smlam. Adalah terlalu awal untuk sye scan heart beat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jantung bayi biasanya dapat dilihat dari usia kandungan 6 minggu. Namun, sekiranya umur kehamilan tidak tepat, maka keputusan imbasan ultrasound dapat dipengaruhi. Oleh itu, anda harus kembali ke doktor untuk pemeriksaan semula.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.