Sulit
3 tahun
Putus nafas sebentar semasa tidur
Saya berumur 19 thun, saya asyik atau kadang kadang terbangun dari tidur secara tiba tiba,macam seolah olah sy tahan nafas ketika tidur,kadang kadang ii bila tidur balik,lepas beberapa minit perkara brulang lagi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu putus nafas sebentar semasa tidur, yang boleh dikategorikan sebagai kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.