Sulit
3 tahun
Rambut mudah gugur @ terlerai
Saya berumur 37 tahun. Saya perasan rambut saya gugur dengan agak teruk… apabila saya membasuh rambut, kemudian bila sy tarik rambut dengan perlahan… rambut akan gugur/terlerai di tangan saya dgn banyak nya. Adakah ini petanda sy mempunyai masalah kesihatan yg serius. Ini menyebabkan saya agak peranoid dan fikir yang bukan²…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala rambut gugur yang anda alami boleh disebabkan:
- Tekanan fizikal/emosi
- Lebih vitamin A dalam diet atau suplemen
- Kurang zat besi
- Masalah hormon seperti kurang testosteron (bagi lelaki) atau kurang estrogen (bagi wanita)
- Kehamilan
- Alahan produk rambut
Dapatkan kulit dan rambut yang sihat dengan penjagaan yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.