nurulathirah.tt
2 tahun
Rasa mengantuk yang melampau pada siang hari
Hi doktor. Saya wanita 24 tahun. Dalam tahun ni saya sedar yg saya sering microsleep/micronap sewaktu saya kerja. Sehari dalam 5 kali terjadi. Walaupon saya tidur awal, saya masih mengalami benda ini pada setiap hari. Saya juga kerap terjaga pada waktu malam. Kadang kadang setiap 1-2 jam sekali terjaga. Badan saya sentiasa rasa penat dan sakit belakang. Saya juga kadang kala mempunyai anxiety attack dan memerlukan xanax untuk tenangkan diri dan tidur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah tidur anda. Kami akan cuba membantu anda dalam mencari jalan penyelesaian.
Microsleep biasanya berlaku disebabkan oleh kekurangan tidur. Kekurangan tidur boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Stres
- Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan
- Masalah insomnia
- Sleep apnea
- Narcolepsy
- Circadian rhythm disorders
- Masalah psikatri seperti kemurungan dan keresahan yang boleh mengakibatkan kesusahan tidur
Microsleep adalah sesuatu perkara yang agak bahaya terutamanya jika ia berlaku semasa anda sedang memandu atau menggunakan peralatan berat. Memandangkan anda mempunyai masalah anxiety (keresahan), ia mungkin menyebabkan anda susah tidur. Kami amat menyarankan agar anda merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengenal pasti punca masalah tidur anda serta rawatan yang berpatutan.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda mengenai masalah ini dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.