Sulit
3 tahun
Rasa tidak selesa die kerongkong
Sy wanita berumur 38 thn.dlm hampir 2 mggu ni sy rasa seperti ade benda yg tersangkut di kerongkong.seperti angin tak lepas pon ade.makanan tersangkut pn ye.ia tidak sakit tp buat sy tidak selesa.makan mnum ok xde masalah sbb tidak sakit.jd boleh telan.dan adakala saya juga rase berdebar debar.kenapa ye…utk ongetahuan doktor sy tak de demam, flu, batuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa tidak selesa di kerongkong. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- GERD (makanan yang terkeluar dari perut kearah kerongkong)
- Radang Pharynx
- Ketumbuhan pada kerongkong (lebih-lebih lagi jika anda seorang perokok)
Sakit tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala yang anda alami mengganggu aktiviti seharian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.