Sulit

3 tahun

Sakit badan atau sendi di bahagaian bahu terutamanya ketika senang menaip

Selamat petang, Doc. Akhir-akhir ini saya sering sakit bahu sampai terasa seolah bahang api membara sekitar bahu kiri. Yang menghairankan saya, perkara ini sering berlaku apabila saya sedang menaip tanpa mengira menaip tidak berapa lama atau pun dalam masa yang lama.Tangan kanan yang menaip tapi bahu kiri yang terasa sakit. Untuk meredakan kesakitan, saya berhenti menaip seketika. Respond dari Doc amat saya hargai untuk memahami masalah saya ini dan mencari jalan penyelesaiannya. Sekian, terima kasih.

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit bahu yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan. Antaranya ialah:

  • Otot atau ligamen pada bahu terseliuh atau tercedera
  • Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
  • Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
  • Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
  • Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
  • Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
  • Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
  • Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
  • Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang

Masih terasa lenguh dan sakit bahu ? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Berdasarkan keterangan anda tentang gejala muncul ketika menaip, anda boleh mencuba untuk mengamalkan postur duduk yang betul ketika menaip dan regangkan badan anda seketika ketika telah lama fokus duduk dengan menaip. Namun, sekiranya gejala tersebut masih tidak teratasi, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan susulan.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, keterangan dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Hal ini bagi memastikan rawatan yang tepat untuk mengatasi gejala sakit bahu yang anda hadapi. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

Masih risau dengan sakit bahu anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)