fazaliza.nor
4 tahun
Sakit bahagian pinggang belakang dan pangkal peha kiri dan kanan
Suami sy berusia 36thun (2020),tiada masalah kesihatan lain, mula berasa sakit bhgian blkg pinggang setelah memandu 5jam pergi 5jam pulang, berehat 3jam d pertengahannya… Dalam masa yang sama, beliau batuk dlm lingkungan 2/3 minggu dlm tempoh tersebut. Hari ini mula berasa sakit d bahgian pangkal peha kiri dan kanan, malah l3bih kepada ngilu. Suhu badan juga panas. Batuk dan sakit belakang masih ada…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berterusan (dalam kes suami anda ini batuk selama 2-3 minggu) boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergy and atopic seperti akibat allergic conjunctivitis dan allergic rhinitis
- Non-allergic sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk secara berterusan
- Infection - jangkitan lapisan dalam mata ataupun hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Mengenai sakit belakang piggang dan pangkal peha, memandangkan ia timbul baru-baru ini setelah satu aktiviti berat (memandu jauh), maka adalah kemungkinan besar ia terkait dengan masalah muskuloskeletal. Sekiranya sakit tidak membaik dengan rehat yang cukup dan tuam (kompres) hangat, maka anda digalakkan untuk merujuk ke doktor berkaitan masalah sakit-sakit ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.