aishahzahari

4 tahun

Sakit bahagian tengah belakang kepala

Saya seorang Wanita berusia 29 tahun… Saya mengalami sakit kepala yg ringan semenjak 5 Hari lalu… pada 1 April Saya makan telur rebus sebagai sarapan, Dan pada waktu itu tiba2 dari sakit kepala ringan, ia bertukar menjadi sakit kepala yang tertumpu di bahagian belakang kepala Saya… belakang kepala menjadi berat Dan membuat bdan Saya lemah… Saya tiada selera makan dalam tempoh 5 Hari Saya pening kepala Dan dalam 3 Hari ini tekak Saya berasa pahit apabila Cuba menelan makanan… apabila Saya Cuba makan, badan Saya tidak boleh menerima makanan itu yang membuatkan Saya mahu muntah, tetapi Saya tidak muntah… sakit kepala ini juga membuat badan Saya seperti mahu demam pada petang 1 April. Saya penah check darah pada tahun2 lalu, doktor mrmberitahu Saya mempunyai kolestrol tinggi… Saya mendapat saranan daripada keluarga Saya untuk membuat saringan convic-19 di klinik berdekatan… untuk pengetahuan doktor, Saya pernah menghadiri kenduri pada 15hb Dan pergi ke Tesco pada 16hb… 17hb sehingga sekarang Saya Hanya duduk dirumah Dan tidak pernah keluar… semua perkakas dibeli secara online dan COD… adakah Saya patut membuat saringan convic 19 atau Hanya pergi sebagai pesakit luar untuk berjumpa doktor Dan mengambil ubat… terima kasih…

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.

Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya memahami kebimbangan anda tentang simptom ini berkait rapat dengan kemungkinan anda mendapat jangkitan COVID-19. Simptom COVID-19 adalah tidak spesifik kepada jangkitan ini sahaja. Kami perlu mengetahui risiko anda untuk menentukan jika anda berkemungkinan dijangkiti virus ini. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di hospital dan supaya anda tidak keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh sepanjang MCO ini.

Anda juga boleh merujuk ke doktor yang berdekatan untuk memeriksa anda. Teruskan memantau simptom anda buat masa sekarang sekiranya anda berisiko rendah.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Terima kasih dan semoga anda cepat baik.

neck-pain-sakit-leher

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)