Sulit
3 tahun
Sakit bahgian payudara
hi doctor, saya telah 20 hari bersalin dan full breasfeeding. semasa di awal kehamilan saya ada mebuat checkup kanser payudara kerana dapati ada ketulan di bahagiankiri payudara saya.pada 2 bulan lepas doctor telah mengambil sample dan membuat biopsy . setelah keputisan keluar is hanyalah ketulan lemak sahaja. tetapi dalam 2 hari ini saya berasa sakit di bahagian ketulan tersebut. adakah kerana saya menyusukan bby saya ? atau adakah saya perlu ke hospital ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Mastalgia (noncyclical)
Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
Mastitis iaitu keradangan payudara
Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.