Sulit
3 tahun
Sakit belakang dan bintik bintik merah keluar
Saya lelaki dah 2 bulan sakit belakang tangan dan kaki lenguh dan baru baru ini bintik bintik merah muncul di tangan kaki dan badan kadang kadang terasa badan panas dan sakit kerpala
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara penyebab bintik merah atau ruam di badan anda adalah:
- Demam denggi
- Ekzema
- Alahan
- Gigitan serangga
- Ruam akibat demam campak
- Jangkitan kulit
- Ruam panas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.