Sulit
4 tahun
Sakit belakang dan kerap sendawa
Hi Dr., Saya wanita dan ibu kpd 2orang anak yg berusia 28thn. Simptom ini sy alami sejak setahun lalu.
Saya kerap sakit belakang badan diikuti kerap sendawa angin. Telah berurut dan berbekam namun tiada perubahan ketara.
Pernah juga muntah selepas sendawa.
Sejak seminggu lalu sy bertambah kerap sendawa tak kira masa. Pernah saya terjaga dari tidur kerana badan terlalu sakit dan rasa berangin di bahagian rusuk kanan.
Untuk masalah itu, saya menelan paracetamol 500mg sebanyak 2biji. Kemudian dalam masa 40min-1jam saya akan lega dan boleh tidur semula.
Respon dari pihak Dr. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- ketegangan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.