Sulit
3 tahun
Sakit belakang ketika sedang duduk dan berasa tegang urat
Sy wanita berumur 27 tahun. Sekarang sy berasa tidak selesa di bahagian belakang ketika duduk dan bersandar. Semasa duduk dan membongkok sy berasa tegang di bahagian belakang. Sy berasa serius sejak seminggu yg lalu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Postur badan yang tidak selesa
- Osteoarthritis tulang belakang
- Rheumatoid arthritis tulang belakang
- Jangkitan pada tulang belakang
- Spondylysis
- Spondylolisthesis
- Ketegangan otot tulang belakang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.