Sulit
4 tahun
Sakit dada sejak pagi semalam, tiba tiba harini rasa sakit tekak sedikit tapi saya sudah pergi jumpa doctor semalam petang. Saya cuma sakit dada dan tidak sesak nafas
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya mengalami sakit dada sejak pagi semalam. Semalam petang saya pergi ke doctor untuk check. Doctor mengatakan pernafasan & paru paru saya clear tidak ada apa apa semuanya ok. Doctor check saya tiada demam, tiada batuk, tiada selsema, tiada sakit tekak, tiada sesak nafas. Doctor mengatakan saya sakit dada sebabkan gastrik lambat makan. Hari ini saya tiba tiba sakit macam sakit tekak sedikit.
Boleh doctor terangkan bagaimana nak atasi sakit dada dan sakit tekak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, sekiranya sakit dada tersebut disebabkan gatritis anda disarankan untuk makan mengikut jadual. Selain itu, anda boleh mengambil ubat gastritis yang mungkin ada dibekalkan oleh doktor anda atau ke farmasi untuk mendapatkannya.
Untuk masalah sakit tekak pula, terdapat banyak punca masalah ini. Antara yang paling lazim adalah jangkitan virus atau dehidrasi. Untuk mengatasi masalah ini, kebiasaanya tiada ubat yang diperlukan dan ianya akan bain dengan sendirinya. Anda disarankan untuk banyak meminum air dan berehat. Namun begitu, sekiranya ia semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.