Sulit
3 tahun
Sakit dkt tonsil sebelah kanan… Bila nk makin sakit
Sakit dkt tonsil sebelah kanan…bila nk telan air liur makin sakit…kadang2 sakit sampai ke telinga… Ape perlu sy buat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan.
- Banyakkan berehat
- Kerap minum air
- Berkumur dengan air garam
- Berada dalam persekitaran yang lembab serti menggunakan humidifier
- Makan atau minum cecair yang hangat atau sejuk
- Mengambil lozenges
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya ia mengganggu rutin harian anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.