Sulit
3 tahun
Sakit gigi geraham selepas dicabut
Saya telah mencabut gigi geraham pada tiga hari lepas. Kawasan cabutan sudah tiada pendarahan atau nanah. Namun rasa sakit dan tidak selesa masih dirasai. Saya ingin mengetahui adakah rasa sakit ini normal selepas cabutan atau saya perlu merujuk kembali dengan doktor gigi untuk pemeriksaan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesakitan selepas mencabut gigi boleh berlaku selama 1-3 hari. Namun setiap orang mempunyai tempoh pemulihan yang berbeza. Anda boleh mengjangka untuk pulih sepenuhnya dalam masa 2 minggu.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.