Sulit
2 tahun
Sakit kepala 3 hari. Ada muntah2 jugak
Salam Doktor. Saya ada masalah sakit kepala dah 3 hari ni doktor. Ada demam2 jugak sampai menggigil. Kenapa ya? Boleh doktor tolong saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Jangkitan otak
- Peningkatan tekanan di dalam kepala ( raised intracranial pressure )
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan dan darah)
- Tekanan darah tinggi
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.