Sulit
3 tahun
Sakit kepala hingga ke bahagian dada
saya wanita berumur 26 tahun, akhir-akhir ini saya mengalami sakit kepala sehingga ke bahagian dada seperti ditekan dan terasa berat, serta rasa sukar bernafas. Adakah masalah ini serius atau normal? Mohon penjelasan daripada doktor. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan untuk pihak kami memahami dengan jelas masalah sebenar yang anda hadapi.
Akan tetapi, masalah sukar bernafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Manakala masalah sakit kepala sukar boleh disebabkan oleh beberapa faktor namun sering sekali puncanya tidak diketahui. Masalah ini sering berlaku dan tidak merujuk kepadala masalah serius. Namun, sekiranya anda mengalami masalah seperti di bawah diiringi dengan sakit kepala anda, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.