Sulit
3 tahun
Sakit kepala yang kerap die sebelah kanan
Saya sarah umur 20 tahun… Saya nk tanya doktor… Saya kerap sakit kepala di bahagian sebelah kanan dan dibahagian atas… Dulu saya pernah makan ubat migrain yg sy dapat dari kk… Tapi sekarang sy tak pernah ambik ape² ubat lagi untuk skit kepala… Ape kah yg perlu sy buat… Ade kah kene rujuk doktor? Sebab sakiy kepala sy dh berlarutan dlm 2 minggu saya hanya letak mnyak cap kapak ntuk mengurankn skit kepala… Kirenye waktu minyak cap kapak tu rasa panas sakit kepala akn berkurang tapi klau dah hilang rse panas tu die akan skit blik… Ape kah patut sy buat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala di bahagian sebelah kanan yang berlarutan selama 2 minggu. Untuk makluman anda, perkara ini boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Gangguan stress atau kurang tidur
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat
- Tekanan darah yang tinggi
- Posisi tidur yang salah.
- Jangkitan sinus
- Keradangan pada salur darah kepala. (temporal arteritis). Ini anda akan mengalami bengkak atau benjolan pada kepala
- Sakit kepala cluster
- Salur darah kembang seperti belon (aneurysms)
- Jenis-jenis kanser otak.
- Jangkitan kuman pada otak ataupun salutan otak
- Kesan sampingan ubat (jika ada)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui punca masalah anda dengan lebih tepat. Sementara itu, anda boleh melakukan yang demikian untuk mengurangkan sakit tersebut iaitu:
- Kurangkan stress dan cukupkan waktu tidur
- Betulkan tabiat makan. Makan pada waktu yang ditetapkan
- Betulkan posisi tidur
- Lakukan senaman yang sederhana dan sihat
- Amalkan pemakanan yang sihat serta kurangkan makanan diproses dan mengandungi garam tinggi.
- Lakukan regangan pada waktu pagi sebelum ke kerja atau memulakan aktiviti harian.
Untuk mengetahui lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.