Sulit
2 tahun
Sakit lutut belah kiri
saya berumur 17 tahun . saya rasa ngilu dan sakit di lutut belah kiri secara tiba tiba . dan saya sukar untuk tidur yang nyenyak . hal ini telah berlaku beberapa hari . adakah itu normal doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda bimbang mengenai masalah sakit lutut kiri anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit lutut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Ligament Cruciate terkoyak atau terseliuh
- Tendon koyak
- Kecederaan meniscal
- Dislokasi lutut
- Dislokasi patella
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.