fadhilmfl
4 tahun
Sakit Lutut yang kurang kerap tetapi berpanjangan dan menghalang saya meneruskan hobi saya
Saya lelaki, 22 tahun, bmi 25.5. Lima bulan lepas saya ada menyertai program yang memerlukan saya untuk memikul tong gas ke base camp dan memanjat gunung hari berikutnya. Tiada luka atau sebarang komplikasi selepas itu.
Masalah bermula seminggu seterusnya apabila saya membuat recovery run dan merasa sakit lutut semasa berlari. Saya berehat dari berjonging sehingga kini (5 bulan) kerana sakit tersebut kadang² akan timbul kembali ketika berdiri lama, berjalan lama atau ketika membuat squad.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Aktiviti yang membebankan
- Kecederaan menisci
- Kecederaan anterior cruciate ligament, posterior cruciate ligament atau collateral ligaments.
- Rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera supaya anda boleh bersambung balik dengan hobi anda. Klik pada link ini [ (DoctorOnCall) ](https://www.doctoronca ll.com.my/patient?utm_source=forum-ask&utm_medium=interlinking&utm_campaign=forum-calldoctor#/signup) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.