Sulit
3 tahun
Sakit perut, cirit birit dan mual
Saya wanita berumur 26 tahun,mengalami sakit perut, cirit birit dan mual sejak malam 6th malam hari rabu hingga lah sekarang malam 7th bersamaan hari khamis. Apakah masalah yang sy alami ini, saya suda memakan ubat cirit birit masih belum beransur pulih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit selama berhari-hari . Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan lain
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Cirit birit yang kronik boleh menyebabkan anda kekurangan air. Jika perkara ini berlarutan, anda boleh mengalami dehidrasi dan ini akan mengganggu organ organ di dalam badannya.
Anda boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga.
Terima kasih.