Sulit
2 tahun
Sakit perut dan najis hitam dan berdarah
Hai doktor…saya wanita umur 28 tahun…saya mengalami sakit perut atas sebelah kiri dan juga najis hitam dan ada darah sedikit selepas najis keluar…sebelum tu saya ada minum air oren sunquick masam tanpa gula dan makan sambal quinin yang pedas…start situ perut saya rasa tak sedap…hari isnin saya berpuasa dan sebelum berbuka saya tertekan sbb gaduh dgn adk beradik…ia membuatkan saya berbuka lambat…hari selasa perut saya sakit dan mengalami muntah, perut sebu berangin dan tak lalu makan…hari rabu-jumaat saya perasan najis saya warna hitam dan ada darah sedikit…hari sabtu-isnin…najis saya berwarna coklat kuning dan ada lendir darah…sakit perut masih sama dibahagian kiri atas tapi dah berkurang…saya beli ubat gastrik di farmasi dan amalkan aloe vera…macam mana saya nak pulihkan najis berdarah dan adakah ia disebabkan gastrik? Ia dah berlarutan selama seminggu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan yang anda alami, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.