mohdzakaria5711
3 tahun
Sakit perut dan saya juga ad sakit sawan ni
Saya tak tahu lagi apa harus saya buat ni doktor… Tolong la saya ye doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit perut, seperti:
- Jangkitan usus
- Keracunan makanan
- Divertikulitis
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.
Bagi sawan pula, ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti:
- Demam
- Jangkitan otak
- Hipoglisemia (kekurangan gula)
- Ketidakseimbangan elektrolit (electrolyte imbalance)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian segera oleh anda dan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.