Sulit
3 tahun
Sakit Perut dan Terasa Seperti Mahu Demam
Saya lelaki berumur 30 tahun. Saya mengalami sakit perut dan kesukaran membuang air besar dan membuang angin. Saya telah pergi ke KK dan Klinik Swasta dan diberikan 2 jenis ubat iaitu Hyosine Butylbromide dari Klinik KK dan Colimix dari Klinik Swasta. Namun selepas di ambil kedua nya, masih tidak dapat menyembuhkan sakit saya alami. Saya telah cuba makan buah buahan seperti Betik dan Tembikai namun masih juga tidak berkesan. Adakah saya perlu ke Hospital untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dari pakar? Sekian terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
.* Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome). - Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.