Sulit
4 tahun
Sakit perut macam senggugut
SALAM SEJAHTERA. SAYA BARU HABIS PERIOD PADA 24 NOV TAPI SEJAK 28 NOV HINGGA HARI INI (2 DIS) BAWAH PERUT SAYA SAKIT MACAM SENGGUGUT RINGAN. KENAPA YE?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut pada bahagian bawah abdomen, antaranya:
- Jangkitan kuman dalam pundi kencing
- Masalah pada sistem peranakan seperti ovari atau rahim
- Kekejangan otot pada bahagian bawah perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.