Sulit
4 tahun
Sakit perut yang berpanjangan semasa haid
Nama saya humaira…saya mengalami kekejangan di bahagian bawah perut semasa haid yang agak lama…dan sebelom due date untuk period…saya mengalami pendarahan yang sangat pekat…apakah itu tanda cyst ye doc?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid sakit boleh disebabkan:
- Sindrom menstruasi - akibat tekanan hormon pada saluran darah rahim
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim diluar rahim
- Fibroid dalam rahim yang pecah
- Sista (cyst) dalam ovari juga boleh menyebabkan gejala yang anda alami
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.