annariana25
4 tahun
Sakit telinga dan rasa berdengung
Salam…nak tanya telinga kiri saya sudah dua hari tak dapat dengar dengan jelas…rasa tersumbat air dalam telinga…rasa berdesing je…bila sedawa rasa sakit kat telinga…boleh dr bgth apa masalah telinga saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah ketumbuhan pada telinga (Acoustic neuroma)
- Trauma seperti kecederaan pada kepala
- Menaiki kawasan yang berbeza altitud seperti gunung, berbukit, kapal terbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.