Sulit
2 tahun
Sakit telinga seperti bengkak
Saya lelaki berumur 21 tahun. Saya merasa sakit telinga selepas bangun daripada tidur. Saya tidak pasti kenapa sebab tiba-tiba saja sakit ni datang. Sakit yang saya rasa macam ada bengkak di gegendang telinga. Sudah cuba untuk korek telinga tetapi tidak banyak pun tahi telinga yang keluar. Kenapa ya dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan sakit dan terasa bengkak telinga yang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya sakit dan bengkak telinga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada telinga. Antara jangkitan yang boleh berlaku selain dari telinga kesakitan ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain antaranya termasuk:
- abses gigi
- komplikasi dari radang tonsil
- ketumbuhan
Jangkitan di atas boleh menjadi bertambah parah sekiranya tidak dirawat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.