Anonymous
4 tahun
Sakit tumit kaki bahagian kiri
Assalammualaikum doktor…saya aisyah berusia 28 taun…
Bulan 5 saya mengalami kemalangan dan retak bahagian metatarsal
(xtau nak terangkan bahagian tu ape name…tapi search internet retak bahagian trmpat tu)…
Sejak dari kemalangan tu…
Tumit kaki saya sering sakit xboleh nak pijak…lagi2 lepas bangun tdow atau bile duduk lame…
Saya nak tanye…adekah sakit tumit tu effect sebb retak ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tumit yang anda hadapi selepas kemalangan lampau boleh disebabkan:
- Keretakan kecil tulang kaki - mungkin sukar untuk dijumpai dalam x-ray
- Koyakan ligamen atau tendon tapak kaki
- Bursitis - radang bursa (sejenis poket penyerap hentakan)
- Saraf kaki tersepit
- Kurang aliran darah pada kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.