Sulit
2 tahun
Saluran bengkak di sekitar dubur
Saya mendapati terdapat benjolan saluran di sekitar dubur saya. Saya merasakan ia adalah nanah kerana sebelum ini, saya pernah mengalami keadaan dimana cecair kekuningan keluar dari dubur saya. Apakah cara rawatan yang perlu saya ambil?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala benjolan yang terdapat pada bahagian dubur anda boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
Atau gangguan saluran pencernaan seperti: - Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.