Sulit
3 tahun
Saluran tekak rasa seperti tersumbat
Sejak baru-2 ni kerap terjaga tidur 3/4 kali dalam 1 malam. Saya tidak mengalami batuk. Kdg-2 saya terjaga dalam keadaan tercekik. Apa masalah sbnar yg saya hadapi?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terjaga sewaktu tidur boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Manakala apabila terdapat keadaan dimana anda merasakan tercekik, ia boleh berpunca dari gangguan mekanikal seperti :
- gangguan organ tonsil
- gangguan anatomi lidah
- gangguan anatomi saluran pernapasan
- obesiti
- atau gangguan mekanikal yang lain
mahupun gangguan pskiatri yang berat:
- sleep terrors
- panic attack
- atau penyakit psikiatri yang lain
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.