Sulit
3 tahun
Samb spotting or period?
Thank doc. Menjawab pertanyaan saya. Kalau rasa sakit bhg ari-ari iru apa maksudnya?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit di bahagian ari-ari adalah merujuk kepada bahagian suprapubic atau bahagian atas kemaluan dan bawah pusat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah kekeliruan haid dan spotting merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.