Sulit
3 tahun
Saya ada masalah di dalam tekak
Saya dah buat x-ray. Normal… tkde yang pelik. Ujian darah pun dah dibuat. Semua nya ok. Doktor ada bg ubat untuk kelenjar. Yang menjadi masalahnya. Bila saya makan, terasa urat di leher macam bengkak. Terasa lagi teruk. Patut ke saya berhenti makan ubat tu. Doktor tak dapat kesan sakit saya ni. Rasa macam ada sesuatu dalam tekak. Bila saya baring, nafas macam tersekat…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai tekak anda yang merasakan bengkak. Kami memerlukan informasi lebih untuk lebih mengenalpasti punca masalah yang dihadapi. Namun, terdapat beberapa kemungkinan sebab-sebab yang boleh mengundang kondisi tersebut seperti:
- Penyakit keradangan tonsil (Tonsilitis)
- Jangkitan bakteria
- Keradangan atau jangkitan kuman di kelenjar bahagian mulut
- Goitre
- Penyakit beguk
- Kanser tonsil
- Kanser nasofaring (NPC)
- Ketumbuhan kelenjar yang boleh disebabkan oleh jangkitan atau kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti mudah penat, kurang selera makan, turun berat badan drastik dan juga tekanan darah rendah, sila berjumpa dengan doktor anda yang berhampir secepat mungkin untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima Kasih.