Sulit
3 tahun
Saya berusia 19 tahun remaja belum kawin saya mengalami rambut gugur botak nipis dan sakit kepala
Saya remaja 19 tahun belum berkahwin . Saya mengalami kebotakkan rambut gugur yang mkin nipis dan sakit keplaa pd bahagian2 yang nak d dtg bila2 sahaja . Saat itu menbuat sy sakit dan ingin menarik rambut d bahgian itu. Pd awalnya pd tahun 2018 rambut d bahagiaan dpan mnbuat sy tidak perasan dan skg rambut sy nipis dan skit kepla . Ape msalah sy docter . Saya sngt2 sedih melihat rmbut sy d usia muda begini
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor keturunan
- Kemoterapi
- Trauma pada kepala di bahagian rambut
- Masalah kulit kepala
- Kekurangan protein
- Pengambilan steroid
- Pengambilan ubat-ubatan seperti Methotrexate
- Penuaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Rawatan pada peringkat awal boleh mencegah daripada rambut gugur untuk selama-lamanya.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.