Sulit
2 tahun
Saya mempunyai masalah period yang berpanjangan dan sudah melebihi 15 hari
pada awal bulan 5 , saya sudah datang haid dan habis pada hari ke 15 tetapi selepas seminggu saya haid semula sehingga sekarang sudah melebihi 2 minggu. ni diakibatkan apa ye ? sebelum ni saya memang mempunyai masalah period yang tidak teratur tetapi tidaklah seperti sekarang period yang tidak stop.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang berpanjangan melebihi 15 hari. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih