Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah disfungsi ereksi
Saya berumur 38 tahun dan mengalami ED sejak hmpir 10 bulan yang lalu… pada masa itu saya telah mengambil ubat kuat secara “online” dan dapati ianya berkesan buat sementara waktu sehinggalah saya mula perasan ubat itu tidak lagi memberi kesan pada sebulan yg lepas… selain itu, saya kadang² mengalami kencing berbuih dan sering terasa kebas pada tapak kaki… selain itu saya juga seorang yg selalu bersenam 3-5 kali seminggu… minta bantuan Doctor untuk mengenalpasti masalah saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk makluman anda terdapat beberapa sebab anda mengalami masalah mati pucuk ataupun dikenali sebagai erectile dysfunction dalam bahasa perubatan seperti:
- Tekanan dan stres
- Kemurungan atau depression
- Masalah saraf
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit kencing manis
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda masih mengambil ubat kuat tersebut, kami sarankan anda berhenti mengambilnya kerana kami tidak mengetahui kandungan ubat tersebut dan apa ia boleh lakukan kepada badan anda.
Untuk masalah kencing berbuih dan kebas pada tapak kaki, terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada masalah tersebut:
- Kegagalan buah pinggang
- Penyakit darah tinggi; boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kurang aliran darah ke bahagian kaki dan menyebabkan anda berasa kebas di bahagian kaki dan boleh menyebabkan mati pucuk
- Kencing manis; kencing manis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan mengganggu sistem saraf dan ini boleh menyumbang kepada perasaan kebas di bahagian kaki atau tangan dan juga boleh menyebabkan mati pucuk
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya kesimpulan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.