Sulit
2 tahun
Saya tidak dapat berbau apa2 dengan bila makan tidak dapat rasa apa2
Saya berumur 32, baru2 ni saya demam 2-3 , hari ni demam saya sudah berkurangan, tapi ada masalah bila saya makan tidak rasa , bila bau sesuatu tidak ada bau apa … apa kah yang saya mengalami sekarang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kehilangan deria bau dan rasa mungkinnya disebab oleh jangkitan Covid 19. Sila kemas kini status anda dalam app MySejahtera anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 untuk arahan terkini.
Selain itu, anda juga boleh ambil ujian covid di mana klinik kesihatan kedekatan anda untuk pastikan status anda. Sekiranya keputusan ujian anda adalah negatif, mungkinnya gejala anda adalah disebab oleh perkara lain seperti jangkitan virus lain, kuman, gangguan saraf dan sebagainya.
Sila mengikuti SOP untuk masa kini, pakai mask, jarakkan diri sama lain, rajin basuh tangan serta merujukkan perkara ini kepada pihak berkaitan dengan secepat mungkin.
Untuk mengetauhi punca penyebab mgejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri.