Sulit
2 tahun
Sedang merancang untuk kehamilan
Saya sedang merancang untuk kehamilan. Adakah suami juga sesuai untuk mengambil folic acid juga?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik adalah diambil oleh wanita yang hendak dan sedang hamil. Dosnya pula adalah 400mg sekiranya tiada sejarah keguguran manakala dos yang lebih tinggi sekiranya mempunyai masalah kehamilan sebelumnya. Pihak lelaki tidak perlu mengambil suplemen ini kerana ia tiada kesan terhadap tumbesaran janin. Untuk menentukan dos yang sesuai maklumat tambahan diperlukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.