nurulanisaazman
4 tahun
Sejuk Kaki Dan Tangan
Selamat Malam doktor, saya ingin mengetahui adakah normal bagi anak berumur 1 tahun 7 bulan aktif bermain, berpeluh tetapi kaki dan tangannya berasa sejuk apabila disentuh, badan tidak sesejuk kaki dan tangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas dan masih kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya anda pastikan apakah terdapat perubahan warna kuku kaki dan tangan, apakah tangan dan kaki nya turut berpeluh, apakah terdapat ruam dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih