nurfa_83
4 tahun
Sekitar kemaluan berbiji seperti herpes
Saya wanita berusia 36 baru-baru ini saya dapati kemaluan saya mula naik biji-biji dan saya terasa amat sakit semasa membuang air kecil… sy telah pergi berjumpa dgn doctor dan dberi ubat sapuan krim candid b, ubat insert dan ubat makan antibiotik untuk tempoh 3 hari… tetapi harini sudah masuk hari ke2 sy masih lg terasa sakit di sekitar kemaluan dan biji-biji masih ada… kesakitan ini sehingga menyebabkan saya sakit kepala hendak pengsan, badan lemah-lemah dan demam… minta pandangan dan jawapan dari doktor terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biji-biji di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia , Herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) sejenis kulat
- Radang disebabkan bahan kimia
Memandangkan kondisi ini dapat disebabkan oleh banyak penyakit, seeloknya dikenalpasti dahulu penyebab sebenar yang pasti. Akan tetapi, memandangkan anda sudah pun mengambil ubat daripada doktor, adalah lebih baik apabila diperhatikan dahulu keberkesanan ubat sehingga ubat habis. Sekiranya sakit sudah tidak tertahankan, silakan untuk merujuk doktor agar dapat diberikan ubat tambahan. Klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.