Sulit
2 tahun
Sel darah merah dan platelet high
saya dh bt blood test 2 kli dan result keduanya rbc n platelet sya high… nk tnya adakah itu pentanda penyakit dan perlu ke utk investigate
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami sangat memahami kegusaran dan kekhuatiran anda berkenaan pemeriksaan darah yang telah diambil. Namun untuk pengetahuan anda, setiap pemeriksaan laboratorium lazimnya perlu diiringi dengan:
- hasil soal selidik (anamnesis / clerking) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (pengimejan, laboratorium, darah, dll.)
Bagi menentukan diagnosis kerja yang lebih khusus dan tepat. Selain itu, ppeningkatan sel darah merah dan platelet boleh menandakan kelainan yang serius seperti
- Polycythemia vera
- Myeloproliferative neoplasms
- Secondary thrombocytosis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.