Anonymous
4 tahun
Sel darah merah mempunyai kuman
Anak Saya baru berusia 9tahun. Deman dia sudah sampai 1minggu …termasuk Hari ini .29/7/19. Dua Hari yg lepas Saya Ada menghantar dia ke klinik kerajaan untuk rawatan. .selepas Dua Hari .badan dia mulai merah² Dan keluar seperti ruam panas diseluruh badan Dan jari kaki nya .ruam itu gatal katanya .dia juga kesejukkan .tetapi badannya panas. Pagi tadi Saya diberitahu dktr kemungkinan jangkitkan kuman dlm sel darah merah . Adakah ianya berbahaya ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jangkitan kuman dalam darah boleh disebabkan jangkitan dibahagian organ lain dalam badan seperti paru-paru ataupun saluran air kencing. Untuk jangkitan kuman dalam darah ianya perlu dirawat menggunakan anti-biotik dan sekiranya tidak dirawat ia boleh menyebabkan kegagalan organ dan kematian jika ia merebak dengan cepat. Oleh itu anda perlu mendapatkan rawatan untuk anak anda diklinik sekiranya kondisi anak anda semakin merosot. Sekian.