Sulit
3 tahun
Selesema dan batuk2 sederhana
Hi doktor, sejak 2-3 hari ini, saya mengalami selesema berhingus dan sedikit batuk, kadang2 rasa sakit ditekak. Saya memeriksa suhu badan dan mendapati bawah 36.5. Apakah yang patut saya lakukan doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala selesema berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Resdung (“Allergic rhinitis”)
- Jangkitan virus selesema - virus selesema mempunyai banyak jenis dan boleh mengambil masa lama untuk pulih
Untuk mengurangkan gejala selesema ini, anda boleh mengamalkan beberapa kaedah seperti:
- Memastikan bilik dan persekitaran bebas habuk - sekiranya sukar, pemakaian topeng muka dapat mengurangkan gejala
- Penggunaan ubat-ubatan seperti antihistamin, “decongestant” dan ubat titis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.