Sulit
4 tahun
Selsema, sakit dan batuk
Saya lelaki berusia 29 tahun. Minggu lepas saya telah menghadiri kenduri di Johor. Semasa di Johor saya mengalami selsema selama 2 hari. Setelah pulang, saya mengalami sakit tekak, ulcer dan batuk. Saya telah mendapatkan rawatan di klinil dan telah pulih dari sakit tekak dan ulcer. Namun, masih mengalami batuk. Rawatan apakah yang perlu lakukan selanjutnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk mengatasi masalah batuk anda, berikut merupakan antara langkah yang boleh diamalkan:
Berhenti merokok
Mengambil minuman suam
Minum banyak air
Minum jus lemon dan madu
Sekiranya, batuk anda semakin teruk atau berterusan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan diperlukan sebelum kesimpulan dapat dilakukan dan diagnosis yang tepat dapat diberikan. Hanya dengan itu, rawatan yang sesuat dapat diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.