Sulit
3 tahun
Sembelit susah untuk membuang air besar
Anak saya berusia 2 tahun , susah untuk membuang air besar . Bila tak dapat membuang perut dia macam ada benjolan keras. Saya tak pasti sama ada itu najis atau pun apa
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sembelit boleh disebabkan oleh:
- Pengaruh gaya hidup
Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Untuk mengetahui punca masalah benjolan keras yang terdapat pada perut anak anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.