Sulit
2 tahun
Senak di testis kanan Dan sakit perut
Saya lelaki berumur 27 tahun. Saya mengalami dimana testis di sebelah kanan Saya ada benjolan. Tapi apabila ditekan tidak sakit, tapi Saya mengalami senak di bahagian telur Dan sakit perut di bawah pusat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang testis (orchitis)
- Hydrosele
- Hernia
- Lipoma
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya:
- Demam
- Sakit perut dan testis
- Kencing berdarah
- Sukar membuang air kecil dan besar
- Gejala mengganggu aktiviti harian
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.