Anonymous
3 tahun
Sering loya dan mual
saya seorang wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. dalam masa 2 bulan ni sy telah merasa kelainan pada diri saya iaitu sering loya dan mual. saya dalam keadaan sihat namun rasa loya dan mual tu akan datang pada bila-bila masa sahaja. saya pernah berjumpa doktor dan diberikan ubat tahan muntah. namun ubat itu tidak memberi perubahan . boleh saya tahu apa sebabnya doktor ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan puan berasa mual berpanjangan antaranya ialah:
- kehamilan
- masalah dalam perut seperti gastritis dan gastroosophageal reflux
- ketidakseimbangan elektrolit (lazim kerana makan tidak berkala)
- jangkitan kuman dan bakteria terutamanya keracunan makanan
- penyakit dalam telinga bahagian dalam seperti vertigo dan Meniere’s disease
Terdapat beberapa keterangan kami perlu tanyakan anda sebelum dapat mencapai diagnosis yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.